Alat-Alat Muzik Etnik Di Sawarak

ENGKEROMONG


NAMA:
Engkeromong dikategorikan sebagai alai Idiofon.Ia merupakan satu alat muzik dalam keluarga Gong berbusut.

DIPERBUAT:
Engkeromong diperbuat daripada gangsa.

FUNGSI:
Di dalam sesuatu persembahan,empat buah Engkeromong disusun di atas sebuah rak kayu dengan tertib dalam sistem skala tertentu.


 SAPE


NAMA:
Sape dikategorikan dalam kumpulan Kordofon.Ia juga dikatakan berasal dari negeri Sarawak.

DIPERBUAT:
Alat ini diperbuat daripada kayu keras seperti meranti atau kayu pelak.Lehernya agak pendek tetapi badannya panjang dan berbentuk seperti sebuah sampan.Asalnya alat ini dengan dua tali yang diperbuat daripada urat rotan yang halus.Tetapi sekarang ianya dipasangkan dengan empat tali logam.

FUNGSI:
Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu dari 3½ hingga 6 kaki panjang.


 SELENGUT


NAMA:
Selengut merupakan alat tiupan yang dikategorikan sebagai Erofon.Ia dimainkan untuk hiburan individu dan berasal dari negeri Sarawak.

DIPERBUAT:
Selengut ialah sejenis flut hidung yang diperbuat daripada buluh kecil.

FUNGSI:
Alat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat pribumi di Sarawak.

KEMBALI